Baru sekarang aku sedar yg kehadiran aku di rumah juz sebagai 'pembantu rumah peribadi'... Bukan nk marah or whatsoever, tp duduk dlm rumah ni buat aku banyak memendam perasaan... Perasaan sakit, geram, sedih... sume brcmpur-baur... Ye, aku trpakse diamkan je...coz aq hormat org rumah aku sebagai "parents" and "older sister". It's doesn't matter for me actually.... Aku da biase hadapi masalah2 yg melibatkn perasaan... Semua org ada masalah.... pun jua aku...
Yang paling3 aku xle lupa ialah masa hari aku, ibu dan kakak aku balik kol 6 p.m. baru sampai rumah. Dengan kelam-kabutnya, aku menerjah ke dapur. Aku tahu tugas yg aku perlu laksanakan. Iaitu memasak. Kejap lagi ayah balik kerja. Oh damn.... Sambil tangan dan kaki aku brgerak pantas di dapur, mulut aku turut melahirkan rasa kesal yg tak berbaki. Kesal kerana aku seorang saja yg buat kerja kat dapur. Mana wey kakak aku ni... Kan hari ni dia off kerja, tolong la aku wey... Ibu aku da memang mengajar budak2 mengaji. Boleh la excused. Aku paham bab tu... Okeh... ayah aku da pun balik and tengah menyantap makanan... Aku punya kerja lom settle lagi... Menjerang air pulak... Ingatkan sambil tunggu air tu mendidih, aku nak pi sembahyang asar jap. Sampai2 depan, baru je ni nak angkat takbir, air da berbunyi nyaring menandakan yg ianya sudah pun mendidih... Aku pun menerjah ke dlm bilikku.. Berharap yg kakak aku da siap sembahyang.. Tapi hampehhh....sehampeh--hampehnye!!! Dia xsembahyang lagi..!!!! Tempered betol aku dibuatnye!!! Dah... aku terpaksa jua bukak balik telekung and sambung tugas kt dapur. Dalam keadaan yg kelam-kabut tu, nk kejarkan sembahyang punya pasal, tah macam mana, air yg baru mendidih tu, tertumpah ke atas tangan aku masa aku nk tuang dlm thermos. Allah..!!! Sakit dan pedihnya hanya Allah je yg tahu... Seriously,aku da nk nangis dah ni... dah naik brgenang kelopak mata ku... Aku pun terus berlari ke singki and mengalirkan saja air paip ke atas tanganku ini. Tiba2, ayah aku mengarah (dlm nada marah) suruh aku sapu minyak masak je. Nanti kembung tangan tu. Alahai... boleh x... tolong tegur dlm nada yang berhikmah??? Dahla aku tgh tahan geram, dicampur tahan sakit pulak tuhh...
Sesudah settle kerja kat dapur sepenuhnya, aku pun bergegas ke depan. Konon nk sembahyang yg trtangguh tadi... Tapi aku terus gi sapu minyak gamat. Tah kenape, sambil menyapu minyak gamat tu, air mataku mengalir... Menangis... menahan dua macam sakit dlm satu masa... Allah.... kuatkan hatiku ya Allah... Sesungguhnya aku lemah tanpa-Mu....
Last day aku berada di rumah....
Pagi2 lagi, lps sembahyang subuh, ibu ajak aku and kakak aku dok depan dia. Ada benda dia nk cakap kt kitorang. Lalu, ibu pun start bercerita tentang luahan perasaan ayah kat ibu. Ayah ngadu kt ibu yg ktorg ni semakin besar, semakin kurang ajar, xtahu hormat org tua. Given the example, masa kitorang sampai kt rumah pada masa yg sama dgn ayah aku balik dari kerja, ayah aku dok kt kerusi kt beranda tu. Ye, mmg aku xsalam coz aku... tahla... segan agaknye... Bukan nk biadap. Lepas tu, ayah aku ngadu lagi yg kitorang xde pun nk sambut dia masa dy balik kerja (difokuskan kpd aku coz aku ni kan 'pembantu rumah peribadi'). 1st komen yg terlintas di benakku ialah.... perlu ke aku buat semua tu??? Aku belum terlatih untuk itu... Belum siap untuk itu... Kerana setahu aku, itu merupakan "kerja" seorang isteri yg solehah. Aku bukannya seorang isteri, belum pun bergelar isteri. Aku.... aku... aku segan gila bhaa.... Aku dah remaja, dah dewasa, aku dah mengerti perasaan malu tu... Malu terhadap lelaki... Sebab tu la, aku xle janji yg aku boleh tunaikan semua permintaan tu pada saat ini...
Jangan menaruh harapan yang terlalu tinggi terhadap aku... Aku ada kehidupan aku juga.. Aku ada cita-cita dan matlamat yg perlu dicapai. And.... ayat yg ayah aku ngadu kat ibu aku... Ayat yg paling aku xsuka.... "Belajar tinggi2 tapi hormat orang tua pun xtahu. Dia belajar tinggi2 pakai duit siapa??? Membazir je keluar duit utk belajar sampai universiti". Seriously, lepas ibu aku mengajuk kembali ayat tu, aku tahan nangis je. Sedarlah aku yg selama ni rupa2nya ayah aku memang xikhlas nk bantu aku sambung pelajaran. Memang sejak awal lagi, sejak aku dapat tawaran sambung belajar kt universiti ni. Eiissshhh... aku xpahamlah kenape??? Perlu ke bagi seorang yang bergelar AYAH mengungkit kembali tanggungjawabnya sendiri??? PERLU KE??!!! Kenapa ayah aku xde perasaan bangga langsung bila anak dia yg bongsu dan kedua ni dapat tawaran universiti kerajaan??? Tak tahu nk bersyukur langsung!!! Bapak orang lain bukan main gembira bila dapat tahu yg anak dia dapat tawaran sambung belajar kt universiti. Ni tak.. Bukan senang tahu tak?? nak capai cita-cita yg satu ni... Cita-citaku nk jd Dr. Vet.
Terkadang, cemburu jugak aku tengok abah bezfren aku ni. Ambil lesen kereta, dia support. Masuk matrix and sekarang bachelor pulak kat UTM, abah dia still support WITHOUT COMPLAINT!!! Even abah dia dah cadang nk belikan kereta kancil utk kegunaan dia. Aduhai bersyukurnya hidup dia.. Ada abah yg pemurah dan memahami sebegitu. Walaupun adik-beradik dia 5 orang (lebih ramai drpd aku), tapi abah dia xlokek pun dgn anak2. Ayah aku pulak, nama je rajin ke surau/masjid, tp ilmu yg dipelajari xpernah diserap dan diamalkan. Hujung2, kembali pd sifat yg asal jugak. Bengkek2.... Bila la ayah aku nak berubah?? Everything for friends, but nothing for family??? WHYY??????!!!!!
Aku xpaham la kenape org2 tua yg rendah tahap pendidikannya ( bukan nk mengata), menaruh expectations yg trlalu tinggi trhadap student universiti ni. Mereka selalu beranggapan yang student2 ni tahu everything, belajar everything. Hello...!!!! Student2 ni belajar apa yg telah digariskan dalam program kos tersebut. Ni bukan cam primary or secondary school yg menyelitkan subjek agama islam and moral dlm pengajaran aliran akademik. So, janganlah expect yg student2 universiti ni tinggi ilmu agama jugak!!! Kitorang expert dlm bab2 yg ktorg selami and pelajari sahaja. Unless la kalau ktorg ni memang student aliran agaman. Alahhhhh....
So, aku decide, lepas habis diploma ni, sementara nk tunggu graduate and tunggu panggilan kemasukan bachelor pulak, aku nak kerja jauuuhhhhh dari family. Tak kira lah kt mana. Yg penting, xnk tinggal kt rumah tu. Daripada aku memendam rasa dan berdendam, adalah lebih baik andainya aku menjauhkan diri dahulu. Hope planning aku ni akan berhasil.... Amiiinnnn.....
Eh, lagi satu. Sekarang ni kan, aku da melibatkan diri dlm ruangan "CARI JODOH". Why??? Sebab aku nak kahwin... Bukan nak menggatal.. Tapi aku nak cari seorang suami yg sanggup dan izinkan aku utk sambung belajar sampai aku mendapat gelaran Dr. Veterinar. Dengan kata lain, dia sanggup menanggung kos pembelajaran aku tersebut dan mengambil alih beban yg ayah aku rasakan terhadap aku....
The EnD.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment