Selepas khai membiarkan aq macam org bodoh, hati aq pun jadi kosong... Lalu, kehadiran Mr S mengubah kehidupanku...aq berubah menjadi seorang yg menjaga diri, maruah dan calon suami...semua aq lakukan kerana dia..kerana dia lah cinta hatiku sejak 4 tahun lalu...cinta yg aq pendamkan selama 4 tahun...
Aku sangat bahagia bersama dia...dia memberikan aq harapan yg setinggi gunung...bersama-sama mencipta masa hadapan...dan kerana itulah aq berjanji kepada diri aq sendiri yg Mr S adalah yg terakhir bagiku...takkan ada yg lain selepas dia... kerana hanya dia yg mampu memberikan senyuman dan cahaya kebahagiaan dlm hidup aku..hanya dia yg mampu membuatkan aku merasakan yg diriku ini masih bererti bg org lain...masih ada istimewanya aku...masih ada yg menghargai aku, mencintai dan menyayangi aku sepenuh hati...sungguh aku amat menyayanginya...
Setelah sekian lama kami bermesra di dlm fon, akhirnya di penghujung tahun 2012 iaitu pada 31/12/2012 kami bersua muka jua...bertemankan dua sahabatnya yg juga aku kenali melaluinya iaitu Eju dan Shahir... 3 serangkai yg xpernah berpisah...
Pengalaman pertama kali bertemu memang amat mendebarkan...malah tidak dapat kulupakan sampai bila-bila..sehingga hari ini pun, masih segar lagi di dalam ingatanku akan senyuman manisnya, pandangan matanya yg memukau sehingga mampu menggoyahkan hatiku...sentuhan jari-jemarinya yg penuh kelembutan dan pelukannya yg hangat..yang tak mungkin dapat aku lupakan selagi jasadku dihuni roh...
Peluang yg diberikan utk kami bersama-sama hanyalah selama 7JAM sahaja...sungguh singkat rasanya...sebolehnya, aku ingin tetap bersama dia...selamanya...kami berempat menghabiskan masa di Zoo Taiping, tempat yg paling ingin aku lawati...Mr S yg menanggung segala keperluan aku..tiket dia bayarkan..makan minum pun dia yg support...untonggg!!! terima kasih awak....walaupun saya tak mintak pun awak buat semua tu, tapi awak tetap lakukannya...sayang awak lebih!!!
Kemudian, tibalah saatnya utk mengucapkan selamat tinggal...terpaksa jua kami berpisah...sangat3 berat hatiku utk melepaskan kepergiannya...seolah-olah inilah kali terakhir aku dapat bersama dia..bersama mereka...terlalu banyak kenangan terindah dlm hidupku yg tercipta bersama mereka...kalian lah kebahagiaan aku...terima kasih atas segala kenangan ini..tak mungkin dapat aku lupakan.
Dua hari kemudian, aku mengalami kesukaran utk menghubunginya...aku semakin takut..semakin hairan...ada apa dengan cinta??? apa sebenarnya yg terjadi pd dia??aku tak mengerti...dia menghilangkan diri, menjauhkan diri daripada aku... aku hanya mampu bergantung harap pada Eju utk mengetahui akan khabar dirinya yg jauh di mata...apa salahku?? aku menderita...
Pada 15/1/2013, tiba-tiba aku mendapat sebuah mesej drpd Mr S... sebuah mesej yg dihantar dengan tujuan utk memutuskan perhubungan ini...selamanya.... mengapa??kenapa???apa salahku??? dia meninggalkanku dengan sejuta persoalan yg bermain di benak...seminggu yg lalu, aku menangis tanpa henti kerana dia...dan sekarang, dia menambahkan lagi tangisanku berlarutan sehingga 2 minggu berturut-turut... aq tak mengerti permainan apa yg sedang dimainkannya ini...
Pada 20/1/2013, aku mendapat satu berita yg amat perit aku rasakan...sebuah kebenaran yg tersembunyi di sebalik sebuah jalan permainan... Mr S rupa-rupanya selama ini dia hanya berpura-pura... dia hanya ingin membalaskan dendamnya terhadap bekas kekasihnya yg sama sekali tidak aku kenali...hanya dia yg mengenali perempuan tersebut...aku merasakan sungguh tak adil..!!! mengapa aku harus menerima balasan atas kesalahan yang tidak pernah aku lakukan??!!! yang lebih malangnya lagi, bukan aku seorang yg menjadi mangsanya...malah ada lagi mangsa-mangsa yg lain sebelumku...aku hanyalah mangsanya yg terkini..yg telah berjaya dia permainkan dan tipu...bukan itu sahaja, kau juga telah memutuskan hubungan kawan antara aku dan Eju....apa salah kami???!!!
Sampainya hatimu Mr S....aku fikirkan kau telah berubah..berubah utk menjadi seorang yg lebih baik..seorang yg berpegang pd amanah Allah dengan jujur... sayang..kau masih mentah...masih belum matang utk menerima kenyataan...kau tidak pernah belajar dari masa silam...kau tak redha dan ikhlas dgn qada' dan qadar Allah...peluang yg diberikan oleh Allah kepadamu tidak kau gunakan dgn sebaik-baiknya...
Meskipun hatiku telah kau sakiti dan lukai, tapi aku lebih memilih utk memaafkan sahaja kesilapanmu itu...walaupun pd kenyatannya ia amatlah sakit utk aku tanggung seorang diri...aku takkan berdendam dgn kau sebab aku ikhlas kerana Allah ta'ala menyayangi dan mencintai kau...ya..aku tahu..kau tak kenal apa itu erti ikhlas...sebab kau sendiri pun tak pernah belajar utk ikhlas....insyaallah..... by time, kau akan belajar dan kenali jua apa itu erti IKHLAS.... iaitu apabila kau mula mengikhlaskan diri kau...doa aku sentiasa mengiringi kau...aku serahkan semuanya kpd Allah....Allah lebih berhak dan tahu balasan apa yg sepantasnya utk kau...bagi aku, adalah lebih baik tersalah ampun drpd tersalah hukum... :)
Terima kasih atas segalanya Mr S....terima kasih krn telah membuat hidupku bererti..terima kasih krn telah membuat aku tersenyum...terima kasih krn telah sudi menemaniku walaupun hanya sementara...segala jasa kau takkan mungkin aku lupakan sampai bila-bila...hanya Allah yg mampu membalas segala kebaikan dan budi baik kau.... aku masih tetap merindui dan menyanyangi kau...dulu...kini...dan selamanya..insyaallah... tabahkan dan kuatkan hati ye Mr S.... insyaallah.. u can do it bebeh!!!
No comments:
Post a Comment